Jumlah luas permukaan per isi padu
Jumlah luas permukaan per isi padu

Jumlah luas permukaan per isi padu

Nisbah jumlah luas permukaan per isi padu (JLP/I) merujuk kepada nisbah (hasil bahagi) luas permukaan suatu objek dengan isi padu kandungan objek itu.Konsep JLP/I adalah penting dalam bidang sains dan kejuruteraan. Konsep ini digunakan untuk menerangkan hubungan antara struktur bahan dengan aktiviti atau fungsi yang berlaku di permukaan dan kandungan bahan. Contoh-contoh penerapan konsep ini ialah proses di bawah persamaan haba,[1] yakni pelepasan dan pemindahan haba secara konduksi.[2] JLP/I juga menerangkan resapan molekul-molekul kecil seperti oksigen dan karbon dioksida di antara ruang udara, darah dan sel,[3] kehilangan air dalam haiwan,[4] morfogenesis bakteria,[5] pentermokawalaturan organisma,[6] penghasilan tisu tulang buatan,[7] peparu buatan[8] serta banyak lagi anatomi biologi dan rekaan bioteknologi.Perkaitan antara JLP/I dengan kadar pemindahan haba atau resapan terbit daripada perspektif fluks dan permukaan yang tertumpu pada permukaan tempat suatu fungsi berlaku, di mana JLP/I yang lebih besar membawa kepada lebih banyak bahan yang dapat dipindahkan lalu mencepatkan proses resapan/kekonduksian.[9][10][11]